Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan lain lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji seterusnya membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.
Pandangan Tokoh-tokoh Barat :
Kesimpulan dapat dibuat bahawa di dalam bahasa Inggeris beberapa perkataan telah digunakan untuk menerangkan tamadun seperti perkataan-perkataan renaissance, culture dan civilization. Namun perkataan civilization lebih tepat dan sempurna daripada dua perkataan yang lain. Ianya tetap membawa maksud pencapaian manusia di dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang berpusat di kota.
Bahasa Arab :
Menjelaskan bahawa kata tamadun berasal daripada kata madana yang bermaksud kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota. Ini bererti kehidupan kota dianggap sebagai kehidupan yang baik dan pencapaian kemajuan di dalam pelbagai aspek termasuk kehalusan budi dan kebendaan.
Kesimpulan :
Tamadun Islam dalam erti kata yang paling ringkas ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang undang politik dan sebagainya yang berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak, dan bersumberkan al Quran dan al Sunnah.
No comments:
Post a Comment